Kelas Asas Komputer
11 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 November 2020, PIK Gong Kulim telah mengadakan Kelas Asas Komputer kepada 2 orang peserta cilik iaitu adik Damia dan Akid. Mereka sangat berminat untuk mengenal computer di samping boleh mengisi masa lapang semasa penutupan sekolah kerana pandemic covid-19. Di dalam kelas ini, peserta diberi penerangan tentang perkakasan asas computer seperti monitor, mouse dan keyboard serta fungsi-fungsinya. Seterusnya peserta diperkenalkan kepada perisian Microsoft Word untuk mengenal dan menggunakan butang-butang pada papan kekunci serta cara menggerakkan tetikus.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet, secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk mengenali serta dapat mempelajari asas menggunakan computer dan mendalami bidang ICT untuk menyelesaikan tugas harian. Selain itu, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: